CIRI-CIRI TEMBIKAR DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT NEOLITIK DI MALAYSIA

Zaman Neolitik merupakan permulaan aktiviti pertanian dan penternakan, kemunculan tembikar dan alat batu beliung. Berdasarkan pentarikhan tembikar, Zaman Neolitik di Malaysia bermula sekitar  8000 ke 7000 tahun dahulu. Namun, zaman ini berkembang di seluruh negara pada sekitar 4000-5000 tahun dahulu dan diwakili oleh lebih 100 tapak Neolitik di seluruh negara. Zaman Neolitik adalah munculnya tembikar. Manusia prasejarah mulai pandai mengolah tanah liat, mengulidan membentuk pelbagai jenis peralatan seharian seperti bekas air, pinggan mangkung dan periuk belanga yang kemudiannya diukir, dipanas dan dikeringkan. Dengan ini, mereka mendapat alat yang digelar sebagai tembikar. Ia asas kepada pinggan mangkung dan periuk belanga  yang digunakan sekarang.Antara ciri tembikar pada Zaman Neolitik adalah ia diperbuat dan diolah daripada tanah liat. Kemudian akan dibakar pada suhu yang tinggi. Manusia zaman tersebut sudah tahu mengolah dan mengawal suhu api sehingga mencapai sekurang-kurangnya  600’ C. Selain itu, terdapat unsur kesenian  di tembikar yang dihasilkan itu. Sebagai contoh,  tembikar dicorakkan dengan pelbagai bentuk ragam hias seperti tanda tali, geometrik dan sebagainya. Tujuan tembikar tersebut dihasilkan adalah bertujuan untuk memasak, mengisi makanan dan tempat bagi menyimpan air. Kajian di Bukit Tengkorak, Sabah menunjukkan bahawa tapak tersebut merupakan tempat penghasilan tembikar yang terbesar di Asia Tenggara pada sekitar 500-1000 tahun dahulu.https://www.youtube.com/watch?v=pkLjr9DSO2A

Comments

Popular posts from this blog

PENGLIBATAN BUGIS DALAM POLITIK JOHOR

PENGLIBATAN GOLONGAN WANITA KESULTANAN MELAYU MELAKA