PENGLIBATAN BUGIS DALAM POLITIK JOHOR


Penglibatan Bugis dalam politik Johor bermula apabila Raja Kechil telah merampas takhta Kerajaan Negeri Johor. Raja Sulaiman merupakan putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV meminta bantuan daripada Opu Bugis bagi menjatuhkan Raja Kechil kerana baginda berasa tidak puas hati dengan beliau yang memperlakukan dirinya seperti hamba. Selepas itu, kemangkatan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV berpunca daripada pembunuhan yang dilakukan oleh pengikut Raja Kechil iaitu Raden Emas telah menyebabkan Raja Sulaiman meminta bantuan daripada Bugis. Pihak Bugis membahaskan permintaannya untuk membuat perjanjian iaitu jika pihak mereka dapat mengusir Raja Kechil makan salah seorang daripada Upu-upu Bugis hendaklah menjadi Yang Di Pertuan Muda secara turun- temurun. Perjanjian tersebut telah menyebabkan Bugis bermusuhan dengan Raja Kechil dan Orang Bugis secara tidak langsung telah terlibat dalam institusi politik di Johor. Seterusnya, Bugis Lima Bersaudara telah berperang dengan Raja Kechil dan Raja Kechil Berjaya ditupaskan oleh mereka. Selepas kekalahan tersebut, Raja Kechil berusha untuk menawan semula Johor namun tidak berhasil. Raja Sulaiman telah melantik Daeng Merewahb menjadi Yamtuan Muda pada 1722 oleh sebab ingin membalas budi Opu Bugis yang telah membantu beliau dalam peperangan. Oleh hal yang demikian, Bugis dilantik menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbiran maka bermulalah pengaruh dan kekuasaan Bugis dalam politi di Tanah Melayu. Seterusnya, mereka bertapak di Johor dan mempunyai bidang kuasa yang dapat menandingi bidang kuasa yang Di Pertuan Besar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Malahan Opu Bugis juga telah memperkukuhkan pengaruh mereka dengan mengahwini kerabat-kerabat diraja. Sebagai contoh, Daeng Perani berkahwin dengan Tengku Kamariah yang merupakan adinda Sultan Sulaiman manakala Daeng Celak berkahwin dengan Tengku Mandak. Malahan, setelah pertapakan Orang Bugis di Johor, kedudukan Orang Luat telah terjejas. Hal ini diperkatakan demikian kerana Dinasti Bendahara yang menguasai Johor tidak lagi bergantung kepada Orang Laut. Peranan Orang Laut beralih kepada kekuatan ketenteraan, teknik politik dan kemahiran ekonomi Orang Bugis. Sebelum pertapakan Bugis, Orang Laut dianugerahi gelaran dan merupakan tunjang utama kepada angkatan laut semasa peperangan dan mengawal kediaman raja namun ia telah berubah setelah kedatangan Orang Bugis. Dapat dirumuskan bahawa peranan Orang Bugis sangant berpengaruh di Johor yang menyebabkan kedudukan mereka semakin kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI-CIRI TEMBIKAR DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT NEOLITIK DI MALAYSIA

PENGLIBATAN GOLONGAN WANITA KESULTANAN MELAYU MELAKA