PENGLIBATAN GOLONGAN WANITA KESULTANAN MELAYU MELAKA

Penglibatan golongan wanita tradisional Melayu daripada kerabat diraja dalam bidang politik sudah tidak asing lagi. Kedudukan mereka dalam bidang tersebut membantu untuk melincinkan pentadbiran. Namun begitu, segelintir memandang rendah kedudukan kerana  sangat lemah. Sejarah Melayu ( Versi W. G Shellabear ) telah membuktikan peranan golongan wanita dalam struktur politk sangat berpengaruh. Golongan wanita dalam Kesultanan Melayu Melaka penting antaranya peranan Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah. Mereka berperanan menyelesaikan perbalahan antara dua pihak yang bertelagah. dan menyelesaikan dalam pelantikan pewaris takhta. Contonya, peranan Tun Kudu dalam penyelesaian masalah bidang politik antara pembesar sesama pembesar. Tun Kudu merupakan anak kepada Bendahara Seri Wak Raja dan permaisuri kepada Sultan Muzaffar Shah yang memerintah Melaka. Persengketaan yang berlaku di antara Tun Ali dan Tun Perak Perak (abang kepada Tun Kudu) dapat diatasi oleh Sultan Muzaffar Shah dengan menggunakan peranan wanita bagi menyelesaikan pertelingkahan ini. Tun Kudu telah diceraikan oleh Sultan Muzaffar Shah kerana kehendak sultan tersebut untuk mematuhi syarat yang telah dibuat bersama Tun Ali. Tun Ali memerintah Sultan Muzzaffar  Shah untuk melepaskan jawatanya supaya Tun Perak dapat dilantik menjadi Bendahara Melaka. Muslihat baginda menceraikan Tun Kudu kerana untuk mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan di kalangan penduduk di Melaka. Oleh sebab itu, Sultan Muzaffar Shah membuat keputusan untuk menceraikan Tun Kudu seterusnya dikahwinkan dengan Tun Ali. Dengan ini, Tun Perak dilantik sebagai Bendahara Melaka. Perbuatan Sultan Muzaffar Shah tidak releven kepada golongan wanita. Hal ini  kerana,  Tun Kudu diturunkan darjatnya iaitu daripada isteri seorang raja kepada  isteri seorang pembesar malahan Tun Kudu telah dipaksa untuk diperisterikan dengan suami yang sudah berusia. Disamping itu, peranan wanita juga sebagai pendamai. Contohnya, Tun Teja.  Tun Teja telah berkorban kerana menyayangi lelaki yang tidak dicintanya. Sultan Mahmood Shah ingin mengahwininya. Oleh itu, baginda akan memberi hadiah yang lumayan bagi sesiapa yang dapat membawa lari Tun Teja. Hang Nadim ingin menebus kesalahan terhadap baginda, beliau telah membawa lari Tun Teja dengan mengupah pelulut. Tun Teja telah diberi ubat guna guna oleh Hang Nadim seterusnya Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud. Tun Teja telah berkorban dan beliau telah memperbaiki hubungan antara Sultan Mahmud dan Hang Nadim. Akhir sekali, wanita penentu pewaris takhta. Contonya, Tun Fatimah. Sultan Mahmud Syah berjaya dipengaruhi oleh Tun Fatimah untuk melantik puteranya sebagai pewaris takhta. Tun Ali dibunuh oleh baginda kerana beliau hendak merampas Tun Fatimah. Tun Fatimah seorang yang cantik dan merupakan anak kepada Bendahara Tun Mutahir.Tun Fatimah sering bermurung kerana baginda membunuh ayahandanya atas fitnah bahawa Tun Mutahir ingin menjatuhkannya. Malahan, baginda berdendam dengannya kerana tidak memberitahu mempunyai seorang puteri rupawan. Tun Fatimah berkahwin dengan baginda namun setiap kehamilannya akan digugurkan tetapi Tun Fatimah akan berhenti sekiranya kandungan tersebut lelaki. Tun Fatimah dapat memastikan bakal Sultan Melaka merupakan darah dagingnya. Sultan Alauddin Riayat Shah 11 adalah pengganti Sultan Mahmud Syah (ayahnya) sebagai Sultan Melaka di Kampar. Kesimpulannya, peristiwa yang berlaku Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah adalah sebuah rentetan sejarah yang mempunyai nilai murni dan pemahaman yang jelas. Peranan wanita sangat penting di sebalik ‘kedaulatan’ kuasa istana. <MOVIE TUN FATIMAH>

Comments

Popular posts from this blog

CIRI-CIRI TEMBIKAR DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT NEOLITIK DI MALAYSIA

PENGLIBATAN BUGIS DALAM POLITIK JOHOR