Posts

Showing posts from May, 2017

AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta Pendidikan 1996 adalah himpunan dasar-dasar legislatif yang berbentuk undang-undang dalam pelbagai dimensi dan perkara mengenai sistem dan urusan pendidikan di Malaysia. Malahan, akta ini juga merupaka lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini dikuatkuasakan adalah bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa penghantar. Akta ini menekankan bahawa bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28. Dengan ini, Bahasa Melayu dapat ditingkatkan, malahan bagi pelajar bukan Melayu juga turut fasih akan penggunaan bahasa tersebut. Disamping itu, tujuan akta ini dikuatkuasakan untuk menyelaraskan semua jenis kukurikulum kategori sekolah melalui kukurikulum kebangsaan. Dengan ini, ia dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan bernilai pada akhir tempoh pembelajaran. Selain it

PENGLIBATAN GOLONGAN WANITA KESULTANAN MELAYU MELAKA

Penglibatan golongan wanita tradisional Melayu daripada kerabat diraja dalam bidang politik sudah tidak asing lagi. Kedudukan mereka dalam bidang tersebut membantu untuk melincinkan pentadbiran. Namun begitu, segelintir memandang rendah kedudukan kerana  sangat lemah. Sejarah Melayu ( Versi W. G Shellabear ) telah membuktikan peranan golongan wanita dalam struktur politk sangat berpengaruh. Golongan wanita dalam Kesultanan Melayu Melaka penting antaranya peranan Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah. Mereka berperanan menyelesaikan perbalahan antara dua pihak yang bertelagah. dan menyelesaikan dalam pelantikan pewaris takhta. Contonya, peranan Tun Kudu dalam penyelesaian masalah bidang politik antara pembesar sesama pembesar. Tun Kudu merupakan anak kepada Bendahara Seri Wak Raja dan permaisuri kepada Sultan Muzaffar Shah yang memerintah Melaka. Persengketaan yang berlaku di antara Tun Ali dan Tun Perak Perak (abang kepada Tun Kudu) dapat diatasi oleh Sultan Muzaffar Shah dengan mengguna

PENGLIBATAN BUGIS DALAM POLITIK JOHOR

Image
Penglibatan Bugis dalam politik Johor bermula apabila Raja Kechil telah merampas takhta Kerajaan Negeri Johor. Raja Sulaiman merupakan putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV meminta bantuan daripada Opu Bugis bagi menjatuhkan Raja Kechil kerana baginda berasa tidak puas hati dengan beliau yang memperlakukan dirinya seperti hamba. Selepas itu, kemangkatan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV berpunca daripada pembunuhan yang dilakukan oleh pengikut Raja Kechil iaitu Raden Emas telah menyebabkan Raja Sulaiman meminta bantuan daripada Bugis. Pihak Bugis membahaskan permintaannya untuk membuat perjanjian iaitu jika pihak mereka dapat mengusir Raja Kechil makan salah seorang daripada Upu-upu Bugis hendaklah menjadi Yang Di Pertuan Muda secara turun- temurun. Perjanjian tersebut telah menyebabkan Bugis bermusuhan dengan Raja Kechil dan Orang Bugis secara tidak langsung telah terlibat dalam institusi politik di Johor. Seterusnya, Bugis Lima Bersaudara telah berperang dengan Raja Ke

KAEDAH PENULISAN SEJARAH

Image
Penulisan sejarah amat penting bagi menghasilkan sesuatu kajian. Penulisan sejarah ini dapat menjadi rujukan bagi generasi akan datang agar peristiwa yang terdahulu dapat diketahui. Menurut Chua Yan Piaw ( 2011 ) penulisan sejarah merupakan satu bentuk penulisan yang bersandarkan penyelidikan. Penulisan dihasilkan melalui kaedah pengumpulan data secara sistematik dan penilaian data terhadap peristiwa yang berlaku. Dalam penghasilan penulisan sejarah beberapa etika atau langkah   perlu dilakukan seperti pemilihan, sumber, fakta, bukti   dan menganalisis serta menginterprestasi data. Pemilihan tajuk perlulah berketepatan dengan kajian yang ingin dijalankan. 

CIRI-CIRI TEMBIKAR DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT NEOLITIK DI MALAYSIA

Image
Zaman Neolitik merupakan permulaan aktiviti pertanian dan penternakan, kemunculan tembikar dan alat batu beliung. Berdasarkan pentarikhan tembikar, Zaman Neolitik di Malaysia bermula sekitar  8000 ke 7000 tahun dahulu. Namun, zaman ini berkembang di seluruh negara pada sekitar 4000-5000 tahun dahulu dan diwakili oleh lebih 100 tapak Neolitik di seluruh negara.  Zaman Neolitik adalah munculnya tembikar. Manusia prasejarah mulai pandai mengolah tanah liat, mengulidan membentuk pelbagai jenis peralatan seharian seperti bekas air, pinggan mangkung dan periuk belanga yang kemudiannya diukir, dipanas dan dikeringkan. Dengan ini, mereka mendapat alat yang digelar sebagai tembikar. Ia asas kepada pinggan mangkung dan periuk belanga   yang digunakan sekarang. Antara ciri tembikar pada Zaman Neolitik adalah ia diperbuat dan diolah daripada tanah liat. Kemudian akan dibakar pada suhu yang tinggi. Manusia zaman tersebut sudah tahu mengolah dan mengawal suhu api sehingga mencapai sekurang-ku