AKTA PENDIDIKAN 1996
Akta Pendidikan 1996
adalah himpunan dasar-dasar legislatif yang berbentuk undang-undang dalam
pelbagai dimensi dan perkara mengenai sistem dan urusan pendidikan di Malaysia.
Malahan, akta ini juga merupaka lanjutan dan pembaharuan daripada Akta
Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini dikuatkuasakan adalah bagi
memperkukuhkan kedudukan bahasa penghantar. Akta ini menekankan bahawa bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28. Dengan ini, Bahasa Melayu dapat
ditingkatkan, malahan bagi pelajar bukan Melayu juga turut fasih akan
penggunaan bahasa tersebut. Disamping itu, tujuan akta ini dikuatkuasakan untuk
menyelaraskan semua jenis kukurikulum kategori sekolah melalui kukurikulum
kebangsaan. Dengan ini, ia dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan,
berkemahiran dan bernilai pada akhir tempoh pembelajaran. Selain itu, akta ini
bertujuan untuk menyelaraskan
Comments
Post a Comment